C L O U D ;
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK BLOGSKIN
Kerapuhan iman remaja.
Wednesday, 27 November 2013 • 17:18 • 0 comments
Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum w.b.t


Ibu bapa mestilah mendidik anak anak supaya sentiasa takut kepada Allah SWT.

Rumah adalah tempat pertama untuk mendidik anak anak. Rumah tangga yang tidak selesa penuh dengan kebencian akan menyebabkan penghuninya, terutamanya anak anak remajanya mengambil tindakan suka berfoya foya diluar rumah.

Kes anak remaja lari dari rumah sering berlaku seperti yang dipaparkan melalui media massa.

Jika seseorang remaja itu lemah imannya, terutama bagi remaja perempuan dia akan mudah terjebak dengan gejala lari dari rumah iaitu mengikut kawan kawan atau kekasihnya yg belum tentu boleh menjamin masa depan mereka. Bagi remaja lelaki pula mereka lebih cenderung terlibat dengan gejala merokok, lumba haram, penagihan dadah dan kes ragut.

Ibu bapa mestilah mendidik anak supaya sentiasa takut kepada Allah SWT. Nabi SAW bersabda : “Barang siapa takut kepada Allah, maka Allah menjadikan segala sesuatu takut kepadanya. Barang siapa tidak takut kepada Allah, maka Allah menjadikannya takut kepada segala sesuatu.” (riwayat Al-Baihaqi)

Oleh itu, melalui pendidikan yang berkesan dalam rumah tangga, ibu bapa dapat menerapkan hala tuju remaja dalam kehidupan mereka. Ibu bapa boleh menjelaskan bagaimana untuk menjadi remaja yang berjaya iaitu melalui ilmu, pelajaran, kemahiran dan akhlak ynag baik.

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW menjelaskan yang bermaksud, “Puncak kebijaksanaan ialah takut kepada Allah. Sebaik baik yang tertanam dalam hati adalah keyakinan. Keraguan (dalam beriman) termasuk kekufuran. Keremajaan (remaja) termasuk kelompok kegilaan (radikal).

Orang bahagia adalah yang dapat mengambil pelajaran daripada (peristiwa) orang lain dan orang yang sengsara ialah yang sengsara sejak dalam kandungan ibunya. Tiap perkara yang akan datang adalah dekat.” 
(riwayat Al-Baihaqi)

INGIN MENCUBA

Beberapa faktor yang menyebabkan remaja terlibat dengan gejala lari dari rumah antaranya, remaja memiliki sikap ingin mencuba. Oleh itu, remaja mestilah dipupuk dengan nilai positif, sekali gus bakal mencorakkan dan mewarnai masa depan negara.

Tanpa pasakan nilai positif ni, akhirnya remaja mudah terjerumus dalam anasir gengsterisme, hedonisme dan lari dari rumah. Lebih membimbangkan, remaja yang bermasalah ini juga mudah terjebak dengan gejala penagihan dadah, seks bebas dan mengandung anak luar nikah.

Kelemahan dan kerapuhan iman remaja adalah disebabkan kurangnya didikan agama dan asuhan moral. Ini berpunca daripada pengabaian ibu bapa terhadap remaja. Akhirnya memesongkan minda remaja dan menanamkan unsur negatif dalam pemikiran mereka.

Pengaruh luar yang negatif menyebabkan ibu bapa yang terlalu mengongkong kebebasan, keadaan rumah yang sempit dan serba kekurangan.

Akhirnya anak yang sudah meningkat remaja mengambil tindakan lari dari rumah mengikut kawan kawan.
Pengaruh rakan sebaya meracuni minda remaja. Tawaran kehidupan yang bebas diluar berbanding dengan di rumah. Remaja yang tersilap langkah dan terpesona dengan janji manis rakan di luar mudah meninggalkan atau lari dari rumah.

Krisis antara anggota ahli keluarga serta krisis kewangan juga menyebabkan kemahuan remaja mendapat tentangan daripada ibu bapa. Lantaran itu, mereka lebih mudah terpedaya dengan pujukan teman lelaki yang kononnya menjanjikan pelbagai kehidupan mewah yang mempesonakan. Namun realitinya kosong belaka.

MOTIVASI

Remaja yang bermasalah perlu diberikan motivasi dan bimbingan. Malahan keluhan remaja terbabit perlu didengar dan diambil cakna oleh ibu bapa.

Di pihak ibu bapa pula, mereka perlulan mendidik anak anak secara lembut, ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak.

Kejatuhan atau kemunduran sesuatu ummah antara lain adalah disebabkan pendidikan ummah itu dalam melahirkan masyarakat madani dan pemimpin akan datang tidak dipedulikan. Oleh itu, didiklah anak anakk dengan pergaulan yang baik di rumah.


Justeru, Sayidina Umar bin al-Khattab pernah menyatakan : “Sewaktu bergaul di rumah, seseorang bapa perlulah menyesuaikan diri sebagai anak anak dengan beramah mesra dan berlemah lembut. Beginilah pergaulan yang seharusnya dilakukan bersama anak cucu di rumah, di mana akan mencullah tokoh dalam sebuah keluarga itu.

Langkah Praktis Memupuk Sabar. :)
Thursday, 28 March 2013 • 08:30 • 0 comments
Sifat sabar itu panduan antara ilmu, kesedaran dan amalan. Untuk memilikinya, tidak cukup dengan mengetahui tetapi perlu dialami. Untuk dialami, ia perlu diamali. Oleh sebab itu, untuk belajar sifat sabar, seorang Muslim harus melakukan langkah-langkah yang berikut :

Bertahan ketika menghadapi hentaman pertama daripada suatu musibah

        Hentaman pertama inilah yang paling sukar dihadapi kerana ia menyerang emosi. Selalunya orang boleh bersabar setelah ujian itu menimpa beberapa lama kerana masa akan merawat kesedihan. Namun, pada fasa pertama, apabila ujian menyerang, manusia cenderung untuk menjadi terlalu emosional. Pada waktu itu, manusia telah dikuasai oleh perasaannya (sama ada marah, sedih, kecewa atau sebagainya).
     
        Orang yang dikuasai emosi tidak dapat berfikir dan bertindak secara rasional. Apa yang boleh buat adalah dengan membawa fikiran cepat-cepat kepada Allah seraya ucapkanlah kalimah istirja' sebaik sahaja menerima musibah. Katakan pada hati sendiri, "Aku hamba Allah, aku layak dan patut diuji."  
 
         Terimalah kenyataan dan jangan cuba nafikan dengan "memberontak" sambil berkata, "Kenapa aku yang kena? Apa salahku?" Sebaliknya, terimalah hakikat bahawa segalanya telah berlaku dan kita memang patut meneriamnya.

         Jangan sesekali menyalahkan orang lain lebih-lebih lagi "menyalahkan" Allah atas kesusahan yang menimpa. Mempersoalkan kenapa musibah menimpa kita samalah dengan menyalahkan Allah. Hentaman pertama akan dapat dihadapi dengan baik sekiranya seseorang berasa "layak" diuji (kerana dia hamba Allah). Setiap musibah yang berlaku pasti mempunyai maksud yang baik daripada Allah (cuma belum mampu difikirkan ketika itu).

Segera mengingati Allah dan mohon keampunan-Nya.

          Rasulullah S.A.W. apabila diuji, terus bangun dan mendirikan solat dan berdoa pada Allah untuk mendapat keampunan Allah (walaupun baginda tidak berdosa). Ini menepati perintah Allah S.W.T. melalui firman-Nya yang bermaksud : "Dan pohonlah pertolongan daripada Allah dengan sabar dan mengerjakan solat." (Surah Al-Baqarah 2 : 45)

           Jangan mengeluh, sebaliknya tahanlah hati daripada bersikap buruk sangka dengan manusia dan Allah atas musibah itu. Jangan dilihat lagi sebab-sebabnya tetapi kaitkan dahulu dengan Penyebabnya (Allah). Ibn Mubarak berkata : "Bencana itu hanya satu, akan tetapi akan menjadi dua jika kita mengeluh. Pertama, musibah yang sedang dihadapi dan kedua hilangnya pahala akibat keluhan itu."

           Peringatan untuk segera mengingati Allah inilah yang dipesan oleh Rasulullah kepada menantunya Saidina Ali pada hari perkahwinannya. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : "Wahai Ali! Janganlah engkau melayani rasa marah. Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau dan fikirkan mengenai kekuasaan serta kesabaran Allah ke atas hamba-Nya. Pertahankan diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran."

Tidak tergesa-gesa menampakkan musibah itu kepada orang lain.

           Segeralah mengadu kepada Allah, bukan manusia, Tidak salah menceritakan masalah kepada manusia, tetapi dahulukanlah rintihan, pengharapan dan aduan kepada Allah. Kongsi dahulu soal hati dengan Allah, kemudian barulah dikongsi dengan orang lain.

           Contohilah Ummu Sulaim yang menyembunyikan berita kematian anaknya daripada suaminya. Suaminya bukan sahaja tidak dapat mengesan berita kematian anak mereka yang disembunyikan mereka olehnya, bahkan Ummu Sulaim telah berjaya melayan suaminya dengan baik pada malam hari ketika ujian itu melanda.

            Dalam konteks ini, seorang wali Allah, al-Junaid telah berkata : "Engkau menelan kepahitan tanpa mengerutkan muka."

Cari punca masalah, sediakan alternatif penyelesaian dan bertindaklah menyelesaikannya.

            Konsep kesabaran dalam Islam bukanlah berdiam diri dan hanya berpangku tangan atau menongkat dagu. Kesabaran perlu diiringi dengan kebijaksanaan.

            Sabar dalam Islam bersifat proaktif, dinamik dan produktif. Kesabaran Baginda dan para sahabat pada peringkat awal Islam di Makkah misalnya, diiringi dengan langkah strategik berhijrah, disusuli keberanian dalam perang Badar, Uhud dan Khandak, kebijaksanaan dalam perjanjian Hudaibiyah serta rencana kemenangan total sewaktu pembebasan semula kota Makkah.

             Kesabaran seorang Muslim bukan untuk dieksploitasi dan dimanipulasi. Kita mesti belajar dan mengambil iktibar daripada sesuatu musibah kerana sifat orang beriman tidak terjerumus ke dalam lubang yang sama dua kali. Orang yang sabar itu sentiasa mencari apa punca musibah itu berlaku, merangka alternatif-alternatif yang boleh menyelesaikannya, memilih satu alternatif yang terbaik dan terus bertindak melaksanakannya!

Sampaikanlah dakwah saya yang tidak seberapa ini.

Wahallahualam, Assalamualaikum (Y)

Pesanan Terakhir Rasulullah SAW.
Thursday, 7 March 2013 • 01:49 • 0 comments
Ketika Rasulullah SAW mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah di Lembah Urainah, Bukit Arafah, baginda SAW telah menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah SAW itu ialah :


              "Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendak kukatakan, aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini."

              "Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Islam sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang."

              "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil."

              "Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah para isteri kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina."

               "Wahai manusia, dengarlah sungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama ; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dari segi taqwa dan amal soleh."

               "Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duannya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku."

                "Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, sampaikanlah pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."


Pesanan Terakhir Rasulullah SAW amat menyedihkan hati saya. Sampai nangis nangis. Hayati dan fahami lah pesanan terakhir Rasulullah ini. Dan tak lupa juga, tolong sampaikan pada orang lain. Assalamualaikum.

Mendidik anak berdoa dalam hidup.
Sunday, 30 December 2012 • 20:18 • 1 comments


Umum mengetahui bahawa doa adalah salah satu bentuk ibadah. Doa dapat difahami permintaan yang baik kepada Tuhan. Doa yang dipinta adalah kebaikan yang dipinta dengan restu daripada Tuhan. Mendidik anak-anak supaya sentiasa berdoa dalam kehidupan sangat penting.

Pada hakikatnya, kita sebagai manusia yang sering mengalami pelbagai masalah dan kita semua berhajat kepada Tuhan untuk menyelesaikan masalah. Kita semua adalah orang-orang fakir akan rahmat Tuhan.

Tidak seorang pun daripada kita di dunia ini yang tidak mempunyai impian yang ingin dicapai. Siapa di antara 
kita yang tidak pernah berbuat maksiat atau kesalahan dan mengharap Allah mengampunkan semuanya.

Oleh itu hanya melalui doa, iaitu permintaan kepada Allah sahaja yang dapat menyelesaikan segala masalah. Justeru, doa merupakan ubat yang paling mustajab. Doa juga penolak penyakit dan musibah. Doa akan menolak, mengatasi, mencegah kedatangan, menghilangkan atau meringankan penyakit jika sudah menimpa. Doa adalah senjata seorang mukmin.

Dalam hal itu, al-Hakim meriwayatkan dalam kitab sahihnya daripada sahabat, Ali bin Abu Talib r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : “Doa adalah senjata seorang mukmin, tiang penyangga agama serta lentera (lampu) langit dan bumi.”

Selain itu, dalam usaha mengatasi bala atau mara bahaya, doa memiliki tiga keadaan, iaitu :

Pertama, doa lebih kuat daripada bala sehingga mampu mengalahkannya.

Kedua, doa lebih lemah daripada bala sehingga doa dikalahkan dan akibatnya seorang hamba ditimpa musibah atau penyakit, akan tetapi isi kandungan doa dalam hal ini meringankan penyakit, meskipun kadarnya lemah.

Ketiga, doa dan bala sama-sama kuat sehingga terjadi saling mengalahkan.

Doa yang bermanfaat mestilah dilakukan dengan bersungguh-sungguh, meminta kepada Allah dengan sepenuh hati. Dalam berdoa jangan sedikit sesekali berputus asa dan lemah dalam berdoa, kerana seseorang 
itu tidak akan binasa selagi ia mampu berdoa.

Salah satu penghalang termakbulnya doa adalah sifat tergesa-gesa dalam berdoa, hingga jika keinginannya tidak dikabulkan ia mengeluh dan meninggalkan doa dan tidak yakin akan termakbul doanya.

Telah diajarkan doa memohon keampunan antaranya : Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami daripada azab api neraka.(ali-‘Imran : 16).

Keterangan ayat di atas : “Kami telah beriman” bermaksud kami telah membenarkan seruan Islam, “memohon keampunan” pula ertinya memohon agar ditutup semua keburukan dan dilepaskan daripada 
kiraan dosa-dosa. (Tafsir al-Khazin)

Dalam ayat berikutnya, Allah S.W.T. menyenaraikan golongan yang sentiasa berdoa kepada Allah tergolong dalam golongan yang sabar, golongan yang membenarkan (al-Sidiqqin), golongan yang taat kepada Allah (al-Qanitin), golongan yang yang bersedekah pada jalan Allah (al-Munfiqin) serta yang sering beristighfar dan bangkit berqiamullail pada sebelah malamnya (al-Murstagfirin bil ashar).

Khasiat dan kaifiat beramal dengan doa ini mudah-mudahan iman kita akan meningkat kepada iman golongan yang mulia.

Waktu yang mustajab berdoa.

Antara waktu-waktu doa mustajab dilakukan secara khusyuk dan konsentrasi sepenuh hati terhadap apa yang diinginkan adalah enam pilihan waktu iaitu sepertinya malam terakhir, ketika azan berkumandang, waktu antara azan dan iqamat, sesudah solat wajib, ketika imam naik mimbar di hari Jumaat hingga selesai solat jemaah Jumaat, serta waktu-waktu terakhir sesudah solat asar di hari Jumaat.

Antara lafaz doa yang ampuh telah diriwayatkan dalam kitab-kitab al-Sunan dalam sahihnya daripada Abdullah bin Yazid daripada ayahnya, Rasulullah S.A.W. pernah mendengar seorang hamba Allah berdoa yang ertinya : “Ya Allah, aku meminta kepada-Mu, aku bersaksi bahawa Engkau adalah Allah, tiada tuhan melainkan Engkau yang Maha Esa, tempat bergantung, yang tidak melahirkan dan juga tidak dilahirkan, yang 
tidak ada sesuatu pun yang menyamai.”

Rasulullah S.A.W. kemudiannya bersabda, “Sesungguhnya dia telah meminta kepada Allah dengan Allah dengan nama-NYA yang Maha Agung.” (riwayat at-Tarmizi)

Ada juga yang meriwayatkan oleh Abu Hatim dan Ibnu Hibban daripada Anas bin Malik, bahawa ia bersama Rasulullah S.A.W. sedang duduk-duduk, sementara ada seorang lelaki sedang melakukan solat, kemudian berdoa yang ertinya : “Ya Allah, aku meminta kepada-MU, segala puji bagi-Mu, tiada tuhan melainkan Engkau , Maha Pemberi, Pencipta langit dan bumi, wahai Yang Memiliki Keagungan dan Kemuliaan, wahai yang Maha Hidup dan Maha Penegak.”

Rasulullah S.A.W. bersabda : “ Sungguh dia telah berdoa kepada Allah dengan nama-NYA yang Maha Agung, yang apabila dia berdoa dengannya maka Allah kabulkan dan jika doa meminta dengan-NYA, maka DIA akan meberi.” (Riwayat Iman Ahmad).

Antara sebab doa dikabulkan Allah adalah kerana direstui dengan keadaan terdesak daripada orang yang berdoa, kekhusyukan kepada Allah dan kerana kebajikan yang pernah dilakukannya sehingga Allah membalasnya sebagai tanda terima kasih atas amal kebajikan.

Di samping itu juga, kerana doa tersebut dilakukan pada waktu-waktu mustajab, selain lafaz dan keyakinan yang penuh kepada Allah. Oleh itu, sesiapa yang diberikan kekuatan berdoa, ini beerti bahawa doanya akan dikabulkan. Allah S.W.T. berfirman, yang bermaksud : “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku 
perkenankan bagimu...” (al-Mukmin : 60).

Allah S.W.T. juga berfirman yang bermaksud : “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengkabulkan permohonan  orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku.” (al-Baqarah : 186).

Dalam Sunan Ibn Majah, diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : “Barangsiapa yang tidak meminta kepada Allah. Ia marah kepada-Ku.” (Riwayat at-Tarmizi).
Hadis ini menunjukkan bahawa keredhaan Allah bergantung pada apabila seseorang meminta kepada-NYA dan taat kepada-NYA. Jika Allah meredhai, semua kebaikan terletak pada keredhaannya. Sebaliknya semua bala dan bencana terdapat pada kemurkaan-NYA.

Sesungguhnya doa sebagai ibadah amat penting di amalkan dalam kehidupan. Kesibukan dan kelalaian kita menyebabkan kita lupa berdoa dan sentiasa tergesa-gesa semasa berdoa. Hal ini menyebabkan kita tidak dimakbulkan oleh Allah.

Semangat untuk berdoa juga amat penting dilakukan pada waktu-waktu mustajab yang disebutkan bagi mendapatkan kejayaan dan termakbulnya sesuatu doa.

Manusia selalu mengingkari Allah.
Tuesday, 25 December 2012 • 05:08 • 0 comments

"Firman Allah S.W.T. : Sesungguhnya manusia itu sangat ingkar, tidak berterima kasih kepada Tuhannya."

Ibn Jauzi berpendapat ini adalah jawapan sumpahan pada permulaan surah dan manusia disini ialah orang kafir. Sedangkan al-Dahhak pula berpendapat ia diturunkan kepada al-Walid bin al-Mughirah. Muqatil pula berpendapat, ayat ini diturunkan kepada Qartun bin Abdullah.

Berkenaan dengan maksud amat ingkar ada tujuh pendapat :
i. Makan seorang diri, menegah orang lain dan memukul hambanya. Inilah riwayat Abu Umamah daripada Rasulullah S.A.W..
ii. Orang yang sangat kufur. Inilah pendapat Ibn Abbas, Mujahid, Qatadah dan al-Dahhak.
iii. Mereka yang banyak menyumpah Tuhannya apabila berlaku musibah dan lupa nikmat. Ini adalah pendapat Hassan.
iv. Mereka menentang kebenaran.
v. Derhaka mengikut pendapat dan bahasa Kandah dan Hadramaut. Inilah  yang dinyatakan oleh Yahya bin Salam.
vi. Yang sangat bakhil.
vii. Yang menginfakkan harta Allah dan nikmat kurniaanya pada maksiat kepada Allah S.W.T..

Al-Maraghi berkata : Ini adalah sebagai rahsia daripada karakter yang menunjukkan manusia itu membatasi keinginannya kepada ada yang ada di hadapannya sahaja, melupakan yang telah lalu dan kemungkinan ia tidak begitu ingat kepada apa yang akan dihadapinya.

Apabila Tuhan memberikan kenikmatan kepadanya, lalu kelalaian memperdayakannya, hatinya menjadi keras dan hubungannya dengan Allah S.W.T. menjadi semakin jauh.

"Firman Allah S.W.T. : Dan sesungguhnya manusia itu menyaksikan (sendiri) keingkarannya. Dan sesungguhnya dia sangat bakhil kerana cintanya kepada harta."

"Sayid Qutub berkata : Manusia tanpa iman adalah manusia yang kecil dan kerdil. Cita-citanya juga kecil dan kerdil."

Namun setinggi manapun cita-citanya dan matlamat hidupnya, ia tetap bergelumang dengan lumpur bumi, tetap terikat dengan batas umurnya dan tetap terpenjara dalam tubuhnya.


Diragut keluar.

Dia tidak akan bebas dan tidak akan terangkat tinggi melainkan apabila ia berhubung dengan alam ketuhanan yang lebih besar dari alam bumi, lebih jauh dari alam kehidupan dunia dan lebih luas dari alam diri, iaitu alam yang lahir dari Allah yang azali dan kembali kepada Allah yang abadi di mana kehidupan dunia berhubung 
dengan akhirat selamanya-lamanya.

"Firman Allah S.W.T. : Maka apakah dia tidak mengetahui apabila dibangkitkan apa yang ada di dalam kubur. Dan dilahirkan apa yang ada di dalam dada."

Itulah satu pemandangan yang ngeri dan mengharukan, pemandangan kubur-kubur digeledah dan dibongkar, serta pemandangan rahsia-rahsia manusia yang disembunyikan itu diragut keluar dari dada-dada mereka, semuanya berlaku dalam suasana tegang, dahsyat dan penuh dengan debu-debu berterbangan.

"Firman Allah S.W.T. : Sesungguhnya Tuhan mereka pada hari itu Maha Mengetahui keadaan mereka."

"Sayid Qutub berkata : Segala sesuatu berakhir dengan kembalinya kepada Allah Yang Maha Mengetahui 
segala keadaan dan rahsia-rahsia mereka pada hari kiamat itu."

Allah S.W.T. mengetahui keadaan manusia pada setiap waktu, tetapi menyebut pengetahuan Allah yang khusus pada hari itu akan membawa kesan-kesan yang lebih menyedarkan manusia iaitu pengetahuan yang membayangkan di sebaliknya akibat yang buruk, perhitungan dan balasan dari Allah S.W.T.. Inilah pengertian yang digambarkan di dalam ayat ini.

Penutup.

Rentak nada kata-kata dalam surah ini kedengaran keras dan berdentam-dentum, sesuai dengan suasana gempar, hiruk-piruk dan berdebu-debu yang ditimbulkan oleh kubur-kubur yang dibongkar dan dada-dada 
manusia yang dikeluarkan segala isinya dengan kuat.

Ia juga sesuai dengan suasana sikap yang tidak mengenang budi, mementingkan diri dan terlalu bakhil.
Oleh sebab itu, semua penceritaan ini memerlukan satu gambaran yang sesuai, maka al-Quran memilih gambaran itu daripada suasana gempar yang diselubungi kepulan-kepulan debu yang dicetuskan oleh kuda 
yang berlari kencang dan mendengus-dengus keras sementara hentakan kakinya mengeluarkan api.

Itulah angkatan berkuda yang melakukan serangan mendadak di awal pagi. Ia merangsangkan kepulan debu dan terus menggempur di tengah-tengah musuh tanpa menunggu lama. Gambaran ini merupakan sebahagian dari pemandangan pula merupakan sebahagian dari gambaran.

Semoga kita menjadi hamba Allah yang soleh yang sentiasa mentaati dan mematuhi perintah-Nya, seterusnya melayakkan kita menjadi hamba Allah yang dapat menghuni syurganya pada hari akhirat kelak.

Mungkin Allah lebih sayangkan dia :'(
Saturday, 15 December 2012 • 00:37 • 0 comments


Assalamualaikum semua.
Setiap yang hidup, pasti akan mati. Ya, aku akui Allah lebih sayangkan dia dari abang, kakak dan adik adik dia yang lain. Tapi Allah lebih berhak ambil nyawa dia. Dia pergi tinggalkan kami semua pada pagi Jumaat 14/12/2012 jam 6.30 pagi. Aku redha kalau itu yang Allah takdirkan untuk dia. Aku tak sanggup bila kucing mati dibuang dalam tong sampah. Kalau mak aku nak buang dalam tong sampah jugak, aku nak nangis sebelah tong sampah tu.
‘ Takpelah, pino. Kau dah sakit sangat. Mungkin Allah sayangkan kau. Mak dah cuba yang terbaik untuk sembuhkan  kau. Takpe, mak tak paksa kau. Pergilah.. In Shaa Allah, kita jumpa dekat alam sana nanti.’ Sayu je mak aku cakap dengan dia macam tu. Sedih sangat sangat. Aku tahu, mak tabahkan hati mak tengok keadaan dia macam tu. Sabarlah ya, mak? Kita semua sayangkan dia, tapi mak janganlah nangis depan dia, roh dia tak tenteram. Lagi mak nangis, lagi tu lah dia terseksa.
Yes, aku admit. Pagi tu, mak aku dah panggil adik aku, tanya keadaan dia semalam. Okay ke tak. So, adik aku pun ceritalah. Adik aku ceritalah dekat mak aku. Lepastu mak aku cakap dia dah mati. Aku terkejut! Biar betul mak aku ni? And then aku terus tengok keadaan dia. Hahh?! ‘Dia kaku, sejuk’ detik hati aku.
Mak aku sanggup pergi kerja bertemankan airmata. Aku cakap dekat mak. ‘Sabar eh mak?’ Itu je yang aku mampu cakap.
And then, aku rasa nak nangis je. I don’t know why. Lepas solat Asar, aku main dekat bawah dengan adik aku. Aku main dengan adik aku sampai mak aku balik. Lepas mak aku balik, adik adik aku semua dah kumpul dekat luar rumah.
Lepastu, kitaorang cari tempat untuk kebumikan dia. Mak aku gali tanah sedalam yang mungkin. Lepas dah gali, mak aku letak dia. Sambil mak aku letak dalam tanah tu, mak aku cakap macam ni ‘Sorrylah, pino. Mak tak jaga kau elok elok.’ Masa tu, aku dah nak nangis dah. Adik aku dah tengok lain macam. Dia faham keadaan aku bila tengok kucing dalam keadaan berbungkus lepas tu ditanam. :’<
Alhamdulillah, Pino selamat dikebumikan. Aku cuba tabahkan hati ni supaya tak nangis. Ni adalah kali pertama, kucing meninggal depan mata aku. First time ever. :’< Yaa, sayang. Along, adik adik dan mak takkan pernah lupakan kau. Aman lah kau disana yaa? Assalamualaikum :O


Ni masa dia tengah sihat. :'>



Senyumlah wahai hati yang sedih :')
Monday, 19 November 2012 • 19:39 • 1 comments
Saat kita menempuhi onak duri dunia, derita sekali sekala mencuit hati. Hati remuk menangis tidak henti, kesedihan terus menerus bersemadi di dasar hati. Ketika itu sabar pun sudah tidak dikenali lagi. Dalam terharu, airmata tertumpah juga. Wahai hamba Ilahi, begitulah kehidupan didunia. Kita tidak akan sesekali dapat menjangka apa yang Allah aturkan untuk kita. :'D Adakalanya kita tersangat gembira, adakalanya kita tersangat kecewa. Namun ... jangan risau, Allah itu Tuhan kita, Tuhan yang Maha Luas kasih sayangNya.

Percayalah, Allah tidak akan menduga hambaNya, kecuali untuk melihat hambaNya. Tersenyum disana, tertawa disini, berbahagia disana, InsyaALLAH di syurga yang mengalir dibawahnya sungai sungai yang mendamaikan jiwa. Oh indahnyaaaaa ! Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak ALLAH SWT.

Wahai hamba Allah, jangan bersedih. Kerana anda telah melalui kesedihan itu kelmarin dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun pada keesokan harinya. Kesedihan demi kesedihan, bakal membuat anda semakin terperuk dalam keputusasaan dan dunia yang luas dirasakan sempit dan tidak berguna lagi.

Padahal, dunia inilah kesemptan untuk kita dekatkan diri kepada Allah untuk kita raih syurgaNya yang tersangat indah serta bebas daripada rasa kesedihan. Gara gara kesedihan, air yang manis akan terasa pahit.
Makanan yang lazat terasa hambar. Bunga mawar yang mekar mewangi kembali layu. Ingatlah tangisan terindah itu apabila butir butir airmata mengalir hangat di pipi. Lantaran terasa diri kita begitu kerdil di sisi Allah dan begitu berdosanya diri kita disisi Allah.

Wahai hamba Allah, lihatlah disekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu. Sepanjang hidup dan usiamu, jangan mudah berputus asa. Senyuman yang kau berikan dan airmata yang kau titiskan, simpan .. Jadikan tauladan segala yang kau pandang dan dengar, simpan .. Buat pendoman


PAST
MY WORDS;
HAI , i from pluto . My UFO was break down , My age 11200 years old, i have 12 mother . my birth date 12/12/2090 . i just want to say behave with me because i have 2pair screw driver as my hand . bhaha..

GIVE ME YOUR WORDS;


" Change with yours "

OTHERS;


>> dapat blog baru
date : NOW
at:10 am


>> beruk keluar tandas
date : 12/12/12
at: 12pm


>> cinderella arrived
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

BLOG ARCHIVE;

  • Kerapuhan iman remaja.
  • Langkah Praktis Memupuk Sabar. :)
  • Pesanan Terakhir Rasulullah SAW.
  • Mendidik anak berdoa dalam hidup.
  • Manusia selalu mengingkari Allah.
  • Mungkin Allah lebih sayangkan dia :'(
  • Senyumlah wahai hati yang sedih :')
  • Saya REDHA :')
  • Saya nak awak selalu disisi saya. :')
  • DALAM SUJUD TERAKHIRKU :)